Pelajar Pintar Elak Makanan Ringan Setahun
PULAU PINANG, 24 Dis (Bernama) -- Penggemar makanan ringan, Nur Najaa Mastura Mohamad Jamil, berkata beliau yakin keazamannya mengelak bahan itu selama setahun adalah antara resepi kejayaannya memperoleh 8A dalam pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan pada Khamis.
"Saya memang suka makan makanan ringan tetapi dalam tempoh setahun ini saya kena ikuti nasihat emak agar menjauhinya," kata Nur Najaa Mastura, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St George di sini.
Ketika ditemui pemberita, anak kepada seorang kakitangan Jabatan Pertanian itu, berkata beliau juga mempunyai satu jadual belajar yang tetap.
Dalam Ujina Pencapaian Sekolah Rendah tiga tahun lepas, Nur Najaa Mastura anak keempat dari enam adik beradik, mendapat 5A.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan