Selasa, November 03, 2009

PEMBANTU KHAS EXCO SELANGOR DITUDUH GUNA INVOIS PALSU BELI BENDERA 2,500 HELAI BERHARGA RM2,500.00

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) -- Wong Chuan How, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernmilai RM5,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan