KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Menurut beberapa saksi, Asri ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan