Jumaat, Oktober 30, 2009

PENGIRAAN MERIT KE IPTA GUNA GRED BARU MULAI TAHUN DEPAN

PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) -- Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini .

"Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A dengan A dengan A-," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A , A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya.

Beliau berkata gred 3B ditukar kepada B dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan