"Saya baca dalam surat khabar, kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar akan memilih satu tempat lain yang diterima baik untuk bina kuil.
"Sepatutnya tindakan seperti ini dibuat awal lagi. Jangan tunggu-tunggu, kalau tunggu-tunggu jadilah macam-macam yang tidak baik,"
Perkara yang berlaku itu telah tersebar dan ia menggambarkan bahawa hubungan antara kaum di negara ini tidak baik serta terdapat masalah berkaitan isu agama.
Isu berkaitan agama seharusnya diselesaikan dengan baik kerana kebiasaannya ia menimbulkan reaksi yang keras antara pihak terlibat sehingga boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dalam masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan