KUALA LUMPUR, September 1, 2009: Pendaki daripada Perancis, Alain Robert atau lebih dikenali sebagai “Spiderman” telah ditahan polis hari ini selepas beliau berjaya mendaki Menara Berkembar Petronas setinggi 88-tingkat sehingga ke punca antena.
Ini adalah percubaan kali ketiga Alain untuk mendaki Menara Berkembar Petronas yang suatu ketika dahulu pernah menjadi menara tertinggi di dunia.
Spiderman yang berusia 47 tahun itu telah berjaya mendaki 70 menara tinggi di seluruh dunia hanya menggunakan tangan dan kakinya tanpa bantuan peralatan mendaki. Antara menara popular yang pernah beliau daki ialah Empire State Building, the Sears Tower and Taipei 101.
Alain pertama kali mencuba untuk memanjat Menara Berkembar Petronas itu pada 20 Mac 1997 dan kemudian mencubanya sekali lagi pada 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan