Raungan pilu
JOHOR BAHRU, 15 September 2009: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.
Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan