Anwar pengkhianat
“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,”
turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
----
Bertempik biarlah bertempat
“Di Selangor ada stadium yang dikuasai kerajaan negeri mereka... bertempiklah sampai subuh tapi jangan kacau jalan dan lalu lintas orang ramai.”
mengenai demonstrasi jalanan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
----
ISA ‘zalim’, minta gugur kes Saiful tak zalim?
"Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - tahan 'tanpa bicara' yang dituduh kononnya zalim?”
“Jika permohonan itu berjaya (kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu dan saksi utama.
Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, dalam blognya di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Jangan sampai darurat - Ahmad Zahid
Kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.
"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan