Rabu, Ogos 12, 2009

KASITAH BEBAS DARI TUDUHAN RASUAH DAN PENIPUAN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam pada Rabu dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.

"Saya tidak menemui apa-apa yang mengatakan Vincent Chia ialah rakan subahat. Bagaimanapun, daripada keterangan yang dikumpulkan, adalah jelas bahawa Vincent Chia ialah seorang oportunis yang licik, seorang tanpa prinsip atau rasa bersalah,"

Hujahan pihak pendakwaan bahawa Kasitah mempunyai pengetahuan mengenai tawaran 5:1 itu dan secara tidak jujur menyembunyikannya pada mesyuarat anggota lembaga pada 22 Okt, 1996, adalah tidak tepat kerana Wasli, bekas pengurus besar LKTNS, telah mengaku yang urusan perniagaan PPB Oil Palms telah dibentangkan pada mesyuarat 4 Mac, 1996.

"Berdasarkan pernilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan, intipati penting bagi kedua-dua pertuduhan tidak dibuktikan melalui fakta di mahkamah.

"Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya,"

Hakim Suraya Othman

-----

image "Saya amat bersyukur kepada Allah dan saya tidak menjangka akan dibebaskan hari ini selepas melalui keperitan ini sejak 2004,"

Kasitah, 62, yang jelas gembira memberitahu pemberita yang beliau amat lega dan gembira dengan keputusan itu dan akan segera pergi mengunjungi ibunya di Ranau sebelum pergi menunaikan umrah bersama-sama keluarga dan rakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan