Rabu, Ogos 05, 2009

BIAWAK BAHAM BAYI

Tak sangka biawak baham mayat bayi

image DUA anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat bayi yang terdampar di tepi jeti kilang di Peramu, Kuantan, semalam.

-----------------------------------

Janin dipercayai dibuang ke Sungai Kuantan

KUANTAN, 05 Ogos 2009: Sekumpulan pekerja kilang memproses makanan laut, di Peramu, di sini, gempar apabila menemui kepala dan tangan bayi, manakala badan bayi terbabit sudah dibaham biawak, semalam.

Bayi terbabit yang belum diketahui jantinanya dipercayai dibuang ke Sungai Kuantan sebelum hanyut dan terdampar di tepi jeti kilang berkenaan.

image Pekerja kilang, Mastura Mamat, 34, berkata mayat bayi terbabit mula disedarinya petang kelmarin ketika makan di tepi jeti kilang, namun beliau menyangka ia bangkai itik berikutan melihat seekor biawak sedang memakannya.

image "Memang semalam (kelmarin) kira-kira jam 5.10 petang saya sudah melihat objek putih terkeluar daripada balutan plastik hitam dan sangkakan bangkai itik yang sedang dimakan biawak.

image "Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) beberapa rakan yang berada di jeti melihat objek itu dari dekat sebelum memaklumkan ia mayat bayi yang hanya tinggal kepala dan tangan.

"Penemuan terbabit kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan kilang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Difahamkan, pihak pengurusan kemudian memaklumkan penemuan itu kepada Ketua Kampung Peramu, Baharuddin Sulong yang kemudian menghubungi polis.

image "Ini pertama kali dilaporkan penemuan bayi di Peramu dan saya berharap individu yang melakukannya ditangkap dan dihukum atas perbuatan tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penemuan bayi terbabit.

image "Ketika ini siasatan lanjut masih dilakukan Jabatan Forensik untuk memastikan jantina dan berapa lama bayi terbabit dilahirkan sebelum dibuang ke dalam Sungai Kuantan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan