Serangan siber di Korea Selatan
08/07/2009 10:37am
SEOUL 8 Julai – Laman-laman web agensi utama kerajaan, bank-bank dan beberapa portal internet di Korea Selatan lumpuh dipercayai angkara serangan siber.
Agensi Keselamatan Maklumat Korea hari ini melaporkan, laman-laman web kediaman Presiden di Blue House, Kementerian Pertahanan, Parlimen, Bank Shinhan, Bank Pertukaran Korea dan portal internet, Naver lumpuh atau mengalami masalah akses sejak lewat semalam. – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan