Selasa, Julai 28, 2009

KIT SIANG BANTU TEE KIAT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANCAMAN BUNUH

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang Isnin membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya di sini.

image image "Ong yang sepatutnya membuat laporan polis tetapi oleh kerana beliau tidak berani berbuat demikian, saya menjalankan tanggungjawab awam saya untuk membuat laporan bagi pihaknya demi keselamatannya.

"Walaupun pandangan politik kami berbeza, saya tidak mahu sebarang keburukan berlaku pada Ong,"

"Kini terpulang kepadanya untuk bekerjasama dengan polis dan biarkan mereka menyiasat," katanya dan berharap presiden MCA itu akan memberikan fakta dan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan.

Semalam, akhbar Sunday Star melaporan ancaman bunuh itu yang berbunyi: "If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan