Isnin, Julai 27, 2009

BEKAS PESURUHJAYA POLIS SABAH BEBAS TUDUHAN SALAH GUNA KUASA

imageKOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini Isnin melepaskan dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff atas tuduhan mengarahkan penggunaan pesawat polis untuk kepentingan peribadinya dua tahun lepas.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh layak untuk dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Supang Liang dalam penghakimannya.

Ramli, 56, didakwa pada 19 Nov 2007 atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Ramli diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai.

2 ulasan:

  1. Teramat menakjubkan (inherently incredible) bahawa setelah memanggil 75 saksi (bukan satu atau dua saksi), Pendakwa nyata gagal membuktikan setidaknya kes primae facie.Adakah saksi-saksi itu yang dipanggil tidak relevan belaka? Kenapa sehingga begitu ramai saksi-saksi diperlukan?

    Persoalannya sekarang,atas dasar apa pada awalnya Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa Dato Ramli? Apakah untuk saja-saja?

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    (Pensyarah Kanun Prosedur Jenayah dan Undang2 Keterangan)

    BalasPadam
  2. Setuju, menakjubkan..
    Atas dasar apa?
    Mungkin cover line?
    Precedent maybe?
    Silap mata atau mata yang silap...

    BalasPadam