"Kita memang sedar mengenai keperluan menguasai bahasa Inggeris untuk bersaing dalam alam pekerjaan. Pelajar sekarang tidak ada pilihan kerana mereka perlu menguasai bahasa Inggeris bagi memenuhi kehendak pasaran kerja yang memerlukan mereka yang menguasainya.
"Bagaimanapun, sebelum ia diwajibkan lulus dalam SPM, kerajaan perlu menilai keberkesanan pengajarannya di luar bandar kerana kebanyakan pelajar tidak mampu menguasai bahasa itu,"
"Masalah utama pelajar luar bandar ialah tidak ada guru benar-benar mahir mengajar Bahasa Inggeris. Oleh itu tidak ramai yang menguasai bahasa berkenaan.
"Jika ia tidak diatasi sebelum melaksanakan cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM, kita bimbang ramai pelajar luar bandar gagal dalam peperiksaan,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan