Rabu, Jun 03, 2009

ADUN PALOH MOHON MAAF KEPADA HUSAM

image ''Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada 2007.

''Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.''

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah

-----------

image ''Dengan notis permohonan maaf tersebut, terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

''Ini turut bermakna kerajaan negeri juga bersih daripada segala salah laku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anak guam kami,''

-

Peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan