Jumaat, Mei 22, 2009

UMNO PERLU AMAL KONSEP KBSM, KATA AHMAD MASLAN

imageTEMERLOH, 22 Mei (Bernama) -- Ahli dan pemimpin UMNO diminta mendampingi masyarakat setempat menerusi konsep KBSM (Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati) agar dapat mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

imageimage Ketua Penerangannya Ahmad Maslan berkata melalui konsep KBSM itu, anggota parti digalak menghadiri majlis menziarahi wanita bersalin, orang sakit dan meninggal dunia di kawasan masing-masing.

image"Konsep itu bukan sahaja mampu mendekatkan mereka dengan rakyat malah dapat menarik sokongan terutama pengundi atas pagar yang sebelum ini beralih menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

image"Kalau ahli dan pemimpin UMNO dapat merealisasikan KBSM ini, Insyaallah orang-orang Melayu terutamanya ahli-ahli UMNO sendiri yang sebelum ini beralih angin akan kembali menyokong parti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan