TAWAU, 17 Mei (Bernama) -- Polis masih menyiasat berhubung penemuan dua laras senjata api di dalam sebuah bot laju yang dipercayai dari negara jiran Jumaat lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata senjata tersebut buatan sendiri jenis bakakuk dan air rifle serta 36,000 butir peluru ditemui di dalam bot tersebut yang dinaiki empat orang termasuk dua wanita ketika Pasukan Gerak Marin melakukan rondaan di sekitar Pelabuhan Tawau kira-kira 6 petang.
Salah seorang daripada yang ditahan merupakan rakyat tempatan, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan