Sabtu, Mei 02, 2009

LADANG TERNAKAN MODEN ELAK WABAK

imageKUALA LUMPUR 1 Mei - Sistem ladang ternakan babi moden perlu dibina segera supaya risiko penyakit berkaitan haiwan itu tidak menjejaskan orang ramai.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menegaskan, langkah itu juga sewajarnya diberi perhatian berikutan wabak selesema babi yang sedang 'melanda' dunia tidak berlaku di negara ini.

image '''Terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahan terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasi segera isu ternakan babi tersebut.

image ''Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus di negara ini dan mencemarkan alam sekitar telah mengundang pelbagai kesan pencemaran dan risiko penyakit kepada masyarakat,'' katanya.

Selain itu, beliau menambah, PPIM berharap isu itu tidak dianggap sebagai 'tidak kaitan' tetapi ia perlu diberi perhatian serius.

''Ia bertujuan untuk memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus tidak akan mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat di negara ini pada masa hadapan hanya kerana 'toleransi' yang tidak kena pada tempatnya,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan