WELLINGTON 21 Mei – Polis mencari sepasang kekasih dari New Zealand yang menghilangkan diri selepas sebuah bank melakukan kesilapan memasukkan NZ$10 juta (RM22 juta) ke dalam akaun mereka.
Detektif Kanan, Sarjan David Harvey berkata, pasangan itu yang mengusahakan sebuah stesen minyak di bandar utara Roturua, telah memohon overdraf daripada Westpac Bank berjumlah NZ$10,000 (RM21,520) dan menerima 1,000 kali pembayaran daripada bank itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka.
Pasangan itu kemudian menghilangkan diri dan dipercayai keluar negara selepas membuat pengeluaran sebahagian daripada wang itu. – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan