Ahad, April 12, 2009

“SAYA LIHAT PERLUNYA MINDSET ORANG RAMAI DITUKAR” - SHAFIE

Shafie Tekad Bantu Masyarakat Luar Bandar

imageKUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baru Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini bertekad untuk membantu masyarakat luar bandar terutamanya dari aspek pembangunan dan keusahawanan.

Beliau berkata lebih ramai masyarakat luar bandar terutamanya golongan belia patut menceburi bidang keusahawanan yang dilihat mampu membawa mereka keluar dari kancah kemiskinan.

"Saya lihat perlunya mindset orang ramai ditukar, kalau bercakap mengenai luar bandar tidak hanya mengenai jalan raya, kemudahan asas, atau elektrik. Ia sebenarnya menyeluruh termasuk hospital, pendidikan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis perpisahan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di sini, Sabtu.

Mengulas mengenai Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Mohd Shafie berkata penggabungan kementerian yang pernah diterajuinya dulu itu dengan Kementerian Penerangan merupakan satu langkah yang bijak.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel juga berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa eksekutif persatuan itu yang akan berlangsung dari 13 hingga 18 April ini di Bermuda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan