Ahad, April 12, 2009

LAGI MANGSA LEMBU

Maut rempuh lembu melintas

cattle crash taxi3SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan ditunggangnya dipercayai merempuh sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas jalan di Ladang Manjuri, Kampung Rantau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Mohd Mustafa Md Yasen, 24, yang tinggal di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah, berkata mangsa yang dalam perjalanan dari arah Port Dickson menuju ke pusat bandar dikatakan tidak sempat mengelak sekumpulan lembu itu kerana laluan ke jalan berkenaan agak gelap disebabkan tiada lampu.

“Akibat itu, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa remuk di bahagian hadapan akibat terlanggar lembu dan lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian berikutan cedera parah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hopsital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan penternak haiwan seperti lembu dan kambing supaya mengurung haiwan mereka dalam kandang bagi mengelak kejadian tidak diingini termasuk kemalangan jalan raya.

“Haiwan terbabit sepatutnya dikurung dalam kandang dan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di tepi jalan.”

“Ini berikutan keadaan jalan kampung yang tiada lampu boleh mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan