Isnin, April 27, 2009

JENAYAH DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH TIDAK BOLEH DIPANDANG REMEH

KUCHING 26 April - Perlakuan jenayah terutamanya di kalangan pelajar sekolah di negeri ini tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa walaupun kes membabitkannya masih terkawal.

imagePresiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membimbing anak-anak kepada guru sebaliknya menunjukkan teladan baik kepada mereka.

''Pada masa sama, ajaran agama perlu diterapkan ke dalam generasi muda dalam usaha membentuk akhlak dan rohani anak-anak supaya mempunyai jati diri kukuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

imageGhani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mengatakan jenayah khususnya melibatkan pelajar sekolah semakin serius dan membimbangkan.

Ghani berkata, pihak kesatuan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Disiplin dan Jenayah Pelajar yang turut disertai oleh beliau sendiri sebagai ahli jawatankuasa bagi membendung masalah disiplin para pelajar.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, kes jenayah membabitkan pelajar di Sarawak mencatatkan peningkatan setiap tahun sejak 2006 sehingga 2009 (sehingga 30 Mac).

Mohmad berkata, kebanyakan kes-kes tersebut melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda.

Jelasnya, sejak 2006 hingga 30 Mac tahun ini, kes jenayah yang dilaporkan melibatkan pelajar bagi jenayah kekerasan ialah 152 kes manakala jenayah harta benda ialah 2,007 kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan