"Saya kata dia (calon BN Datuk S. Ganesan) rajin, dia kena rajin. Kalau dia tak masuk kampung elok buat laporan sulit kepada saya. Saya tahulah apa nak buat,"
"Pengalaman saya tidaklah banyak, cuma 22 tahun menjadi perdana menteri."
"Melihat banyak orang di dalam dewan ini, rasa macam hendak bertanding (dalam pilihan raya) lagi,"
"Janganlah hendak mengada-ngada pulak. Bagilah peluang kepada orang yang lebih muda untuk berkhidmat,"
"Dalam pilihan raya biasanya yang bertanding ialah antara kerajaan dan parti lawan, penyokong pula hampir sama banyak tetapi yang menentukan menang atau kalah ialah golongan yang kecil (minoriti),"
"Dalam pilihan raya kemenangan bukan perlukan ribuan undi, hanya satu undi pun dapat kemenangan.”
“Jangan lupa, kita jadi Yang Berhormat adalah kerana undi yang diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan. Tak payah bagi duit pun, salam dah cukup, kalau ada permintaan-permintaan kecil bagilah. Kalau tak ada duit kerajaan, duit sendiri keluarlah,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan