'Hukuman buang daerah' kendiri, waran tangkap atas Raja Petra
PETALING JAYA: Gara-gara 'jalani hukuman buang daerah kendiri', Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin pagi ini selepas beliau gagal hadiri perbicaraan berkaitan kes hasutan.
Peguamnya, J. Chandra memaklumkan Hakim Rozina Ayob, Raja Petra tidak hadir kerana beliau sedang menjalani "hukuman buang daerah kendiri" dari Selangor "atas sebab yang semua sedia maklum."
"Saya tidak pasti sebab sebenar ketidakhadirannya di mahkamah dan saya perlu membaca blognya untuk butiran kerana tidak dapat menghubunginya walaupun sejak pagi tadi," kata beliau dipetik Bernama.
___________________________________________
Antara petikan kandungan artikel Raja Petra yang disiarkan dalam laman webnya pagi ini:
"My family then gave me an ultimatum. I was to either make that public apology or else my family would insert an advertisement in the mainstream newspapers practically distancing itself from me, which could be interpreted as disowning me. My response to that was, and in accordance with the normal action to be taken against a member of the kerabat who durhaka, I went into exile outside Selangor. As a matter of fact, I even missed two recent family funerals, as I could not and would not step foot in Selangor ever again.
"After two ISA detentions, I do not plan to allow them to get me so easily the third time around. I also refuse to face treason charges that will result in me being sent to the gallows. I love my life and wish to remain alive a few years longer if possible.
__________________________________________
LATAR BELAKANG KES
Raja Petra dituduh pada 6 Mei lalu kerana menulis artikel mengenai pembunuhan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau minta dibicarakan kerana menerbitkan artikel yang didakwa menghasut. Raja Petra juga menjadi penulis blog pertama yang dituduh di bawah Akta Hasutan.
Artikel yang bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to hell dikatakan mengandungi sembilan perenggan kata-kata menghasut.
Petra dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 25 April lalu.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan