Kg. Lingkudau Ranau 22hb. Mac 2009 -- Hari ini bertempat di Mini Dewan Kg. Lingkudau, telah berlangsung Majlis Perasmian Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Unser Dan Land Cruiser Daerah Ranau (PERKASA) oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat PKR N.30 Karaannan En. Wahab Rashman yang mewakili Yang Berhormat Datuk Hj. Masidi Bin Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Dalam teks ucapan Datuk Masidi Manjun yang dibaca oleh En. Wahab Rashman, Datuk Masidi Manjun telah mengingatkan ahli-ahli persatuan PERKASA pentingnya menjaga disiplin, kebersihan, dan keselamatan para penumpang ahli-ahli persatuan kereta sewa. En. Wahab juga menyatakan akan membawa kepada perhatian YB Datuk Masidi Manjun permohonan daripada ahli-ahli Persatuan PERKASA.
Pengerusi Persatuan PERKASA En. Jatimin Tiwarog dalam ucapannya telah menyatakan komitmen ahli-ahli persatuan seramai 51 orang demi menjaga imej ahli dan persatuan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik terutama kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
Penasihat Persatuan PERKASA En. Jamli Saidi mengingatkan ahli persatuan suapaya saling berkerjasama dan bersatu padu demi kebaikan dan kemajuan persatuan.
En. Jamli Saidi Penasihat Persatuan PERKASA sedang memberi ucapan alu-aluan beliau.
Pengerusi PERKASA En. Jamirin Tiwarog sedang memberi ucapan kepada para ahli-ahli persatuan.
Yang Berbahagian PKR N.30 Karanaan En. Wahab Rashman yang mewakili Yang Berhormat Datuk Hj. Masidi Manjun sedang membaca teks ucapan Perasmian.
Upacara memukul gong tanda perasmian Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Unser Dan Land Cruiser Daerah Ranau (PERKASA) oleh En. Wahab Rashman.
Penyerahan Cenderakenangan kepada perasmi majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan