Selasa, Mac 24, 2009

MEDIA INTERNET GAGAL DAPAT PAS UMNO

logo_en Sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula hari ini.

logo-the_nut_graph

Selain Malaysiakini, pertubuhan lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno ialah The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.

 MR logo

"Mesyuarat telah diadakan untuk menentukan media yang layak diberi kad media dan ia memutuskan untuk menolak permohonan dari enam 'blogger'," kata pegawai media Umno, Abdul Hamid Satar.

Malaysiakini berdepan masalah yang sama sejak beberapa tahun mobileversionlalu. Wartawannya dilarang membuat liputan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, tetapi ia kemudiannya ditarik balik sejak kira-kira setahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan