Isnin, Mac 09, 2009

JKKK JANGAN JADI EJEN KONTRAKTOR

AZIZAH_DUN  BEAUFORT 8 Mac - Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan supaya tidak bertindak sebagai ejen kontraktor bagi mendapatkan projek-projek kerajaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, "Saya menyeru kepada pemimpin yang dilantik tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan,"

Azizah berkata, JKKK diwujudkan bagi menjadi perantara di antara penduduk dengan pihak berkuasa.

Katanya, JKKK perlu ditadbir dengan baik dan perlu proaktif menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku di kawasan masing-masing.

"JKKK perlu mewujudkan tabung masing-masing untuk digunakan ketika waktu kecemasan.," ujarnya.

"Dengan adanya tabung ini, JKKK boleh menggunakan duit itu untuk memberi bantuan segera kepada mangsa khususnya bencana alam, sementara menunggu bantuan kewangan dari kerajaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan