KUCHING - Selepas enam hari dilaporkan hilang, seorang mandur sebuah kilang papan yang menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Bako, akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati semalam.
Ini berikutan mayat Paryono Sukimin, 43, hanya tinggal anggota kaki bahagian kanan sehingga ke aras perut.
Bahagian badan mangsa itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.45 pagi.
"Kita menemui sebelah kaki Paryono di tebing Sungai Bako tidak jauh dari lokasi dia dibaham,'' kata Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Daerah Kuching, Ahmad Shahfikri Darus.
Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak.
Selasa lalu, Paryono seorang mandur sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Demak Laut hilang selepas dia diserang seekor buaya.
Untuk melihat gambar mangsa sila klik disini. (Amaran gambar ngeri !)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan