Isnin, Mac 16, 2009

GOBIND DIGANTUNG SETAHUN

gobind singh deo KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Dewan selama setahun berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan itu diambil ekoran Gobind mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 pada 12 Mac lepas.

Penggantungan itu diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah pengundian sebulat suara daripada anggota Parlimen kerajaan yang hadir dalam persidangan Dewan hari ini.

Pandikar Amin mengumumkan keputusan berkenaan pada pukul 1 tengah hari.

Ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggulung perbahasan usul itu, anggota parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan selepas menimbulkan kekecohan kerana tidak puas hati Gobind tidak dibenarkan membela diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan