Ahad, Januari 04, 2009

DAFTAR MURID DI SK KITUNTUL


Kelmarin adalah hari untuk mendaftar murid baru dan lama ke sekolah SK Kituntul yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Kg. Silou. Untuk makluman 50% daripada murid SK Kituntul merupakan anak-anak penduduk Kg. Silou dan selainnya dari Kg. Kituntul Baru dan Kg. Matan.


Cikgu Jamain sedang memberi taklimat kepada ibubapa tentang pendaftaran murid baru bagi sesi 2009. Terdapat kejutan kerana ibubapa dimaklumkan hanya perlu membayar RM1.50 (iaitu bayaran insuran Takaful) untuk seorang murid sahaja semasa pendaftaran.



Pihak sekolah Cikgu Alice sedang sibuk mendaftar nama murid untuk tahun 2009.


Jangan silap yee.. Yang diatas tu bapa murid bukan murid baru hehe... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan