Rabu, Disember 05, 2012

LELAKI WARGA FILIPINA KEKAL KE TALI GANTUNG

Lelaki warga Filipina kekal ke tali gantung

Abirin L Radjie

KOTA KINABALU 05/12/2012: Seorang lelaki warga Filipina kekal menjalani hukuman gantung mandatori selepas rayuan atas sabitan dan hukumannya diketepikan oleh Mahkamah Rayuan di sini kelmarin.

Keputusan itu dilakukan oleh Presiden Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaysia Tan Sri Dato Seri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Jeffery Tan Kok Wha, terhadap perayu Abirin L Radjie, 34.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpendapat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah betul dan tiada sebab untuk menggangu keputusan itu, dan hukuman dikekalkan terhadap Abirin yang diwakili peguam Sugumar Balakrishnan.

Pada 23 April 2010, perayu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar 1,974 gram syabu, pada 25 Mei 2007 jam 6.30 petang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Abirin didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Terdahulu, Sugumar berhujah bahawa hakim bicara tidak menilai secara keseluruhan mengenai bukti yang diberikan dan aapbila perayu memilih untuk berdiam diri ketika pembelaan.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki Fung Siew Fah, 44, menerima nasib yang sama atas kesalahan mengedar syabu seberat 773.9 gram.

Keputusan itu dilakukan apabila semua hakim sebulat suara menolak rayuannya atas sabitan dan hukuman yang dikenakan kepadanya oleh Mahkamah Tinggi pada 3 September 2007.

Fung yang didakwa mengikut Seksyen 39 B (2) Akta Dadah Berhaya 1952,  melakukan kesalahan itu pada 26 Mei 2005 jam 9.30 pagi, di Jalan Sin Oon Tiku, Tawau.

Pendakwaan itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Najib Zakaria.

by Clarice Usop,Kilalis

--------------

No compromise on drug-related activities: Sabah CP

Cubaan sindiket seludup dadah ke negara jiran gagal: Hamza

Enam lelaki Nigeria diberkas dalam beberapa serbuan di Lembah Klang

Nigerian drug lord a college student by day

Tiada ulasan:

Catat Ulasan