Selasa, Disember 04, 2012

“ERA UNTUK TENAGA BURUH MURAH DAN KETIDAKADILAN SUDAH BERAKHIR,” - SUSILO BAMBANG YUDHOYONO

Tiada lagi buruh murah

JAKARTA 3/12/2012: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akan mengambil pendirian tegas berikutan tuntutan daripada kesatuan buruh agar mengakhiri persepsi antarabangsa bahawa Indonesia menjadi syurga bagi pelabur yang ingin memperoleh tenaga kerja yang murah.

Berikutan beberapa perhimpunan dilakukan kesatuan terbabit baru-baru ini yang sering berakhir dengan keganasan, Susilo berkata, pendirian kerajaan mengenai kebajikan buruh selaras dengan tuntutan mereka.

Menjadi tanggungjawab moral kita untuk berjuang mengatasinya. Era untuk tenaga buruh murah dan ketidakadilan sudah berakhir,”

katanya dalam ucapan di hadapan gabenor, datuk bandar, ketua polis dan komander tentera daerah.

Susilo menegaskan perhimpunan buruh dan mogok akan berhenti jika majikan lebih komited untuk memperbaiki kebajikan pekerja mereka.

Sejak dua bulan lalu, pekerja melakukan perhimpunan menuntut peningkatan bayaran gaji minimum secara purata melebihi 30 peratus mulai tahun depan. Jumlah pengambilan pekerja kontrak daripada pihak ketiga di bawah skim sumber luar juga dihadkan. Kerajaan akur kepada tekanan kesatuan dengan memperkenal dekri yang mengehadkan skim ambil pekerja luar. Beberapa pentadbiran tempatan juga bersetuju untuk menaikkan gaji minimum pada tahun depan. Pentadbiran Jakarta memutuskan untuk meningkatkan gaji minimum kepada 44 peratus berbanding 25 peratus yang dituntut kesatuan sekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan