Ahad, September 23, 2012

“SEBELUM MEREKA MENANG, TIDAK PULA HEBOH SIAPA CALON MB. APABILA MENANG, BARU RAKYAT TAHU SIAPA MB. ..” - NOH

Calon MB: Jangan sibuk, Noh bidas PKR

Datuk Seri Noh Omar

SHAH ALAM 23/09/2012– Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.

Zuraida turut menyatakan bahawa, Noh dan Koordinator BN Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terkeluar daripada senarai calon Menteri Besar Selangor kerana mendakwa kedua-dua pemimpin itu tidak disenangi rakyat.

Noh bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya beliau menegaskan, BN mempunyai ramai tokoh dan tidak ketandusan calon yang layak menjadi Menteri Besar Selangor, lebih baik daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR.

Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

NURULFATIHA MUAH

----------------

'PR angkat bendera putih'

PR Shadow Cabinet not necessary – Lajim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan