Selasa, September 11, 2012

MATLAMAT PEMBANGKANG LARI DARIPADA PERJUANGAN ASAL: HAFEZ

Matlamat pembangkang lari daripada perjuangan asal: Hafez

Haji Yamani Hafez Datuk Seri Musa hSANDAKAN 10th September, 2012: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sipitang, Haji Yamani Hafez Datuk Seri Musa, menegaskan kebanyakan pemimpin di kalangan parti pembangkang pincang memandangkan kepimpinan mereka lari daripada matlamat asal perjuangan.

Beliau berkata, pemerintahan mereka pula tidak ditadbir dengan baik sekali gus menimbulkan kesukaran kepada rakyat yang mahukan sistem pemerintahan adil dan saksama sebagaimana dituntut rakyat secara keseluruhannya.

Sehubungan dengan itu, katanya, ahli-ahli pemuda jangan terpengaruh dengan dakyah mahu pun setiap tohmahan dilemparkan pembangkang sebaliknya hendaklah bersatu padu demi menentukan matlamat serta hala tuju perjuangan parti keramat Umno terus bertambah kukuh mengikut acuan sendiri.

“Kita boleh mengambil contoh di sesetengah negeri ditadbir pembangkang apabila rakyatnya terus merungut. Kita tidak mahu ia berlaku di sini dan sebagai sayap penting parti, Pemuda Umno Negeri ini akan memastikan kemenangan mutlak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti,” jelasnya.

Berucap menyempurnakan perasmian Persidangan Pemuda Umno Kinabatangan 2012 di sebuah hotel terkemuka, dekat sini, kelmarin, Hafez selaku Bendahari Pemuda Umno Negeri berkata tiada sebab untuk rakyat ragu-ragu memberikan sokongan penuh kepada BN kerana parti itu memperjuangkan kepentingan semua kaum di negeri ini.

Menurutnya, sejak ia mengembangkan sayap dan mengambil-alih tampuk pemerintahan, negeri ini semakin bertambah maju di mana taraf sosio-ekonomi rakyat telah dapat dipertingkatkan khususnya melibatkan kawasan luar bandar.

Apatah lagi, katanya, kerajaan amat prihatin terhadap apa jua aspirasi rakyat sehingga menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif yang secara tidak langsung memberi banyak manfaat terutama golongan sasar.

“Ingat kepada semua ahli-ahli pemuda, tanggungjawab besar yang kita pikul ini adalah untuk memastikan kemenangan BN demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Ini yang lebih penting dan bukannya memikirkan soal remeh-temeh dalam parti,” ujarnya.

Hafez turut membidas sikap pembangkang setelah dapat memerintah beberapa negeri hanya tahu menuding jari kepada kerajaan sedangkan hakikatnya, BN berjaya membuktikan kemampuannya lebih-lebih lagi dibawa kepimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ini katanya, Najib berjaya membawa perubahan besar yang bukan sahaja dari segi pembangunan malahan soal perpaduan sehinggalah kepada pendekatan mahu menjadikan masyarakat majmuk di negara ini berpendapatan tinggi.

“Beliau telah mereka cipta empat tunggak utama ke arah revolusi dan transformasi iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 atauRMK-10.

“Kalau diukur dari sudut apa sekali pun, Perdana Menteri telah membuat perancangan yang lebih baik dan sekali gus membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh rakyat jelata di dalam negara ini.

“Apa yang diperlukan oleh beliau adalah sokongan rakyat tidak berbelah-bagi. Kita di peringkat pemuda Umno akan terus menyokong segala idea dan perancangan Perdana Menteri termasuk dasar yang telah dirancang serta digubal demi masa hadapan negara,” katanya.

Oleh itu, katanya, golongan belia perlu bijak dalam menilai, menganalisa dan membuat andaian berhubung masa hadapan negara kelak.

Beliau mendakwa, hakikatnya sekarang ialah beberapa negeri di negara ini ditadbir pembangkang yang mana sering timbul masalah ekoran tidak ditadbir dengan baik.

Justeru, tambahnya, belia dan seluruh rakyat perlu membuat pilihan yang bijak menjelang PRU-13 dengan memastikan kemenangan BN nanti.

Yang turut hadir pada persidangan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman; Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Matmin Etin dan pemimpin-pemimpin komponen BN Kinabatangan.

48 ulasan:

  1. Kena fikir masak2 nanti bila tiba PRU. pilihlah parti yang tidak akan membawa penyesalan di kemudian hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pilih dengan akal dan bukannya dengan emosi..

      Padam
    2. Jika terlalu ikut perasaan, sendiri yang rugi.. Fikir betul-betul siapa yang dapat memberi pembangunan kepada kita.

      Padam
  2. Jangan terpedaya dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang. Sebagai contoh boleh ambil di Negeri Selangor sendiri dibawah kerajaan PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembangkang banyak cakap saja...janji itu ini yang mana tidak mampu ditunaikan..

      Padam
    2. PR hanya bagi janji kosong..kita sudah nampak apa yang jadi dengan Selangor sekarang.

      Padam
  3. Kalau kita lihat di Selangor apa yang dijanjikan oleh pembangkang sebelum itu? yang pasti mahu menangani masalah rasuah yang ada. Tapi kerajaan PR sendiri telah melakukan rasuah dengan projek-projek yang dilaksanakan di Negeri itu sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PR juga mahu memberikan status penduduk tetap kepada pendatang asing jika menang pada pru13 nanti..

      Padam
    2. PR sebenarnya nak pelihara PATI, sebab tu nak bagi status penduduk tetap kepada PATI.

      Padam
  4. Kesian dengan penduduk Selangor kerana tertipu dengan hasutan PR. Ada penduduk menceritakan. Kalau tahu PR begini rasanya tidak perlu tukar kerajaan pun tidak apa. Sama saja dengan BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk masalah di Selangor apabila PR memerintah, skandal pasir, kerugian UNISEL, isu air dan byk lagi.

      Padam
    2. PRU ini pasti Selangor akan tukar kerajaan.. PR buang ke tepi.

      Padam
  5. Maka berfikir sebelum membuat keputusan. Kerana semua itu terletak pada tangan sendiri. Jangan kita terpengaruh dengan hasutan untuk mengundi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Undi tetap rahsia. Adalah hak pengundi siapa yang mahu diundi, jangan undi sesuatu parti kerana orang yang suruh, tapi fikir masak-masak sama ada parti itu betul-betul parti pilihan sendiri.

      Padam
  6. pembangkang di sabah hanya seronok dalam dunia mereka...semua pun siok sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila PRU-13, mereka pasti akan menghadapi realiti.

      Padam
  7. jika pembangkang menang di sabah, pasti keadaan stabil yang dinikmati sekarang akan tergugat...pembangkang masing2 ingin berkuasa dan menjadi kerajaan negeri...dan ini tidak akan memanfaatkan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap rakyat sendiri membuat pilihan yang bijaksana bila mengundi kerajaan semasa PRU-13.

      Padam
    2. Pembangkang ada agenda sendiri, untuk kepentigan sendiri..jangan terlalu percaya dengan apa yang mereka kata...tersilap langkah kita yang susah.

      Padam
    3. rakyat pasti dapat melihat dan menilai sendiri parti mana yang terbaik untuk dipilih.

      Padam
  8. Perjuangan Pembangkang adalah untuk membantu DSAI menjadi PM bukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. DSAI jadi PM?? angan-angan saja tinggi..harap perkara ini tidak akan berlaku.

      Padam
  9. Mestikah DSAI yang jadi PM jika PR menang? Tak boleh Nik Aziz yang jadi PM ataupun Lim Guan Eng yang jadi PM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. antara pemimpin pembangkang Anwar yang paling bercita mahu jadi PM.

      Padam
  10. parti keadilan ditubuhkan kerana nak perjuangkan Anwar, ia bukan untuk rakyt.

    BalasPadam
  11. "kebanyakan pemimpin di kalangan parti pembangkang pincang memandangkan kepimpinan mereka lari daripada matlamat asal perjuangan."

    macam mana tidak lari dari perjuangan asal jika perjuangan pemimpin2nya lebih kepada kepentingan diri sendiri berbanding dengan kepentingan rakyat atau negeri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat saja di Sabah, pembangkang memang mengalami masalah kepimpinan.

      Padam
  12. "pemerintahan mereka pula tidak ditadbir dengan baik.."

    negeri2 Pakatan sudah sedia maju sebelum diambil alih oleh pembangkang.. kecuali negeri Kelantan yang sudah lebih 20 tahun di perintah oleh PAS namun masih ketinggalan jauh dibelakang..

    BalasPadam
  13. negeri yang ditadbir pembangkang mengalami banyak masalah tidak seperti yang mereka janjikan.

    BalasPadam
  14. nilailah dengan bijak agar dapat buat pilihan dengan tepat.

    BalasPadam
  15. Prime Minister Najib Tun Razak said opposition political parties in the country seem to be teaching people bad things, even matters contrary to religion.


    BalasPadam
  16. Evidently, three bad things were that debts do not have to be settled, good deeds can be forgotten and promises need not be fulfilled.

    BalasPadam
  17. Many promises were made (by the opposition parties) during the last general election but (after coming to power in several states) they did not fulfill them.

    BalasPadam
  18. Najib said the Barisan Nasional (BN) government, on the other hand, not only fulfilled its promises but also provided the people with aid which it had not promised in the first place.

    BalasPadam
  19. He also said that Islam required all debts to be settled, and added that when people died, their outstanding debts had to be settled by their next-of-kin.

    BalasPadam
  20. By debts, the prime minister was apparently referring to those associated with the opposition proposal to write off the loans provided by the National Higher Education Corporation Fund (PTPTN).

    BalasPadam
  21. Najib said the opposition was also poisoning the minds of the people by suggesting that they did not have to appreciate what the government was doing for them.

    BalasPadam
  22. "They tell people it is not necessary to remember good deeds, associated with aid for the people. I do not know of any country providing the people with mosquito nets, dentures and spectacles. When the government resurfaces a road, tarring is done up to the steps of houses," he said.

    BalasPadam
  23. Najib said what the country has achieved so far would not have been garnered without having national leaders with integrity and vision.

    BalasPadam
  24. Without integrity and vision, implementing any plan would result in a nightmare for the people.

    BalasPadam
  25. The prime minister said the people should be grateful for the peace and unity they enjoyed. "Let's not make a mistake.

    BalasPadam
  26. If we do, we will lose the blessings we now enjoy. We have seen what has happened to the people in countries where political stability has been compromised," he said.

    BalasPadam
  27. The opposition will not succeed in penetrating Sabah, led by the Barisan Nasional (BN) under Chief Minister Musa Aman, in the next general election, said Sabah Information Executive Councillor Sapawi Ahmad.

    BalasPadam
  28. Based on the current political scenario and the confidence shown by the people, Sabah BN will definitely win in the next general election.

    BalasPadam
  29. Since the BN took over the state government in 1994, Sabah's financial position has strengthened, particularly with Musa's leadership.

    BalasPadam
  30. Sabah only had a financial reserve of around RM300 million (in 1994) but it has increased substantially to RM3.3 billion as noted in the Auditor-General's Report.

    BalasPadam
  31. This translates to good administration, especially economically, by the state government.

    BalasPadam
  32. Prime Minister Najib Tun Razak was a man of his word, and called on the people not to be influenced by propaganda spread by opposition political parties.

    BalasPadam