Selasa, April 03, 2012

JABATAN IMIGRESEN BERJAYA MENAHAN PASANGAN WARGA ASING DENGAN MENYAMAR SEBAGI PELANGGAN

‘Ahli’ kelab fotografi tahan pasangan Jerman

PORT DICKSON: Taktik jabatan imigresen menyamar sebagai ahli kelab fotografi untuk ‘mengumpan’ pasangan suami isteri warga asing yang mengusahakan perkhidmatan bot katamaran tanpa permit membuahkan hasil apabila kedua-dua mereka ditahan dalam satu operasi di sebuah marina bot mewah di bandar peranginan ini, kelmarin.

Operasi dilakukan sepasukan enam pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Othman yang terlebih dulu menaiki kapal berkenaan di jeti sebuah hotel, bermula kira-kira jam 6 petang.

Wartawan dan jurugambar akhbar ini yang turut menyertai operasi itu kemudian dibawa lelaki warga Jerman serta wanita Filipina berusia 30 dan 40-an berkenaan menuju ke tengah laut untuk menikmati pemandangan termasuk merakam gambar matahari terbenam.

Sejurus selesai dua jam pelayaran, pihak berkuasa melakukan pemeriksaan lanjut terhadap pasangan itu yang didapati menggunakan pas lawatan sosial tamat tempoh.

Menurut Faizal, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan pasangan itu menjalankan perniagaan berkenaan tanpa kelulusan.

“Siasatan mendapati mereka melakukan beberapa kesalahan imigresen dan Jabatan Laut.

“Pasangan warga asing itu kerap keluar masuk ke Malaysia sejak hampir dua tahun lalu, dipercayai untuk memperbaharui pas lawatan sosial bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan berkenaan.

“Bagaimanapun, pas berkenaan tidak diperbaharui sejak Disember lalu, bermakna mereka berada di negara ini secara haram,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, dua warga asing itu ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen manakala bot katamaran milik lelaki berkenaan disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, Jabatan Laut turut menjalankan siasatan mengenai tindakan pasangan itu yang menyediakan perkhidmatan tanpa permit dan membawa penumpang ke laut pada waktu malam.

18 ulasan:

  1. Semakin ramai warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun pihak berkuasa berusaha untuk menanggani keadaan ini, namun masih juga ada yang terlepas pandang.

      Padam
    2. ya..kerap kali kita dengar warga asing menyalahguna pas lawatan mereka.

      Padam
  2. Akhirnya berjaya juga diberkas. Lepas ni jangan lagi benarkan untuk mengguna pas lawatan sosial.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mungkin cadangan ini boleh dipertimbangkan. Siapa suruh buat hal kan:P

      Padam
    2. hukuman yang tegas patut dikenakan trhdap warga asing yang melanggar undang-undang.

      Padam
  3. jika Jabatan Imigresen Negeri Sembilan boleh menggunakan kaedah licik ini untuk memberkas PATI, Jabatan Imigresen Sabah juga patut menggunakan kaedah yang sama atau mungkin lebih baik dari kaedah ini memandangkan isu PATI di Sabah adalah yang paling kritikal di Malaysia..

    BalasPadam
  4. Hopefully they two foreigners will have actions taken against them for not following the immigration rules.

    BalasPadam
  5. I'm sure they are allowed to operate their business here if they have the proper documentation and apply the business permit from our government.

    BalasPadam
  6. warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa permit amat ramai. ini yang perlu sentiasa dipantau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak kerajaan patut pantau warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen

      Padam
    2. ya..pemantauan perlu sentiasa dibuat.

      Padam
  7. Pandai juga immigresen berlakon. hehe. Tapi baguslah untuk tujuan yang baik saya puji usaha mereka:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..usaha seperti ini patut disokong dan diteruskn.

      Padam
  8. Harap usaha sebegini diteruskan bagi memastikan lebih banyak foreigner yang buat hal ditahan.

    BalasPadam
  9. Congrats and please keep up the good work.

    BalasPadam
  10. Harap teruskan lagi operasi bagi menahan warga asing yang masuk secara haram.

    BalasPadam
  11. teruskan operasi seperti ini pada masa-masa akan datang.

    BalasPadam