Kementerian Kewangan Sedia Talian Hotline Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia, sebanyak RM500.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata talian bebas tol 1-800-22-500 itu akan mula beroperasi esok atau orang ramai boleh e-mel kepada belanjawan2012@tresury.gov.my.
Waktu operasi talian hotline ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, sepanjang hari bekerja.
Belanjawan 2012 yang dibentangkan baru-baru ini memperuntukkan bantuan RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai Januari 2012.
Harap bantuan kewangan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya.
BalasPadamHarap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 akan berjaya mendapatkan bantuan ini.
BalasPadamHanya yang layak saja perlu memohon. Jangan ada yang mahu ambil kesempatan pula.
BalasPadamIt is good to provide more alternatives in order to reach the poor people.
BalasPadamtalian hotline telah disediakan, mana2 yang ingin tau maklumat lanjut boleh hubungan talian tersebut.
BalasPadamsesiapa yang layak mendapat bantuan tersebut harus memohon segera.
BalasPadampihak penerima bantuan perlulah bekerjasama dengan pihak yang berkenaan dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan jujur..
BalasPadamjika ada persoalan bolehlah menghubungi hotline tersebut.
BalasPadammereka yang jauh di pedalaman yang tidak ada talian telefon tu kenalah berkorban sedikit masa ke bandar ataupun mana2 yang ada line untuk menghubungi talian tersebut kalau ada sebarang pertanyaan.
BalasPadamharap2 tiada sebarang penyelewengan/ketirisan berlaku dalam penyaluran bantuan one-off ni. pastikan kena pada sasaran.
BalasPadamBantuan ini tidak ada unsur politik..Ini tujuan untuk membantu rakyat yang memerlukannya.
BalasPadam