Jumaat, Disember 02, 2011

KENAIKAN ELAUN PENGERUSI & ELAUN SETIAUSAHA DILULUSKAN SERTA ELAUN KEHADIRAN MESYUARAT & PENGENDALIAN MESYUARAT JKKK TELAH BERKUATKUASA DARI 1HB. JANUARI 2011 - EWON

Sistem pengendalian, penyampaian JKKK dan JKDB perlu dinilai

image 2nd Dec 2011 : KOTA KINABALU: Sistem pengendalian dan penyampaian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) dan Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) perlulah sentiasa dinilai dan ditingkatkan dari masa ke masa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, amalan budaya kerja secara berpasukan dan menjadi pemudahcara kepada masyarakat setempat perlu diperhebatkan.

“Ini sebagai salah satu kaedah untuk membawa perubahan pemikiran rakyat terhadap sesuatu program kerajaan,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan dan Moyog yang diadakan di Beringgis Beach Resort, Kinarut dekat sini, kelmarin.

Ewon berkata, rakyat akan sentiasa menilai setiap aspek produk dan perkhidmatan yang diberikan agar seiring dengan kehendak dan aspirasi mereka.

Justeru itu, katanya, ianya menuntut kepada komitmen perkhidmatan yang cekap dan berkesan terutama untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan program kesejahteraan rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan.

Menurutnya, pengerusi JKKK/JKDB adalah pemimpin di peringkat akar umbi yang perlu menjadi teladan yang baik kepada rakyat pimpinannya.

“Amalan prinsip integriti yang tinggi dan tanggungjawab akan menjadi kunci kepada kemajuan masyarakat bagi sesebuah kampung,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan yang berpegang kepada prinsip cekap dan amanah dengan sendirinya mendorong rakyat setempat untuk terus menyokong dan menghormati badan JKK/JKDB.

Ewon juga turut meminta para pengerusi JKKK/JKDB supaya tidak leka terhadap aspek yang berkaitan dengan keselamatan kampung.

“Isu-isu seperti kehadiran pendatang tanpa izin (PATI), gejala lepak, aktiviti-aktiviti rendah moral dan penyalahgunaan dadah perlu diberikan perhatian khusus dan dijadikan agenda tetap dalam mesyuarat bulanan JKKK/JKDB,” katanya.

Menurutnya, kerajaan amat prihatin betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab JKKK/JKDB di dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, katanya, sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap JKKK/JKDB, kerajaan negeri telah meluluskan kenaikan kadar

  • elaun pengurusi JKKK/JKDB daripada RM200 sebulan kepadaRM400 sebulan,
  • elaun Setiausaha JKKK/JKDB sebanyak RM200sebulan.
  • Manakala, elaun hadir mesyuarat sebanyak RM50 untuk ahli-ahliJKKK/JKDB selain pengerusi dan setiausaha dan
  • bayaran pengendalian mesyuarat sebanyak RM100 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap dengan kenaikan elaun tersebut ianya akan menjadi perangsang ke arah budaya kerja JKKK/KJDB yang lebih cemerlang.

15 ulasan:

  1. dgn kenaikan ini, mutu kerja mereka juga harus meningkat.

    BalasPadam
  2. semoga budaya kerja JKKK akan meningkat

    BalasPadam
  3. Pastikan kualiti kerja berada di tahap yang memuaskan. Tiada lagi alasan.

    BalasPadam
  4. Penilaian semasa dari semasa adalah diperlukan untuk memastikan bahawa kualiti sistem pengendalian berjalan lancar.

    BalasPadam
  5. Harap JKKK dan JKDB akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  6. lebih baik jika elaun itu hanya diberikan setelah JKKK dan JKDB menunjukkan prestasi yang baik..

    BalasPadam
  7. saya harap walau apapun initiatif yang diambil oleh kerajaan bagi merangsang budaya kerja cemerlang dikalangan JKKK dan JKDB akan berhasil..

    BalasPadam
  8. Kenaikkan gaji harus selaras dengan mutu kerja yang dipersembahkan.

    BalasPadam
  9. Semoga pencapaian mereka akan bertambah baik dari masa ke semasa.

    BalasPadam
  10. kenaikan ini diharap memberikan mereka motivasi untuk menjalankan tugas dengan lebih baik lagi.

    BalasPadam
  11. JKKK dan JKDB perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti kerja mereka.

    BalasPadam
  12. kalau sebut elaun, bonus, naik gaji memang semua pun suka.

    BalasPadam
  13. apapun, ini sebenarnya satu dorongan dan galakan yang kerajaan beri supaya pengerusi dan setiausaha JKKK ni dapat memberi komitmen yang tinggi pada tugasan mereka. harus berterima kasih kepada kerajaan.

    BalasPadam
  14. Harap JKKK/JKDB akan dapat memastikan masalah dan kekurangan kampung dapat dimaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab..

    BalasPadam
  15. -Elaun pengurusi JKKK/JKDB daripada RM200 sebulan kepadaRM400 sebulan dan elaun Setiausaha JKKK/JKDB sebanyak RM200sebulan. Manakala, elaun hadir mesyuarat sebanyak RM50 untuk ahli-ahliJKKK/JKDB selain pengerusi dan setiausaha. Bayaran pengendalian mesyuarat sebanyak RM100 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

    Tahniahlah kepada mereka yang menerima kenaikan elaun.

    BalasPadam