UPKO mahu isu Gerakan di Sabah dibincang dalam BN
PENAMPANG 24 Okt. – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mahukan isu membabitkan parti Gerakan di Sabah dibincangkan hanya dalam mesyuarat Barisan Nasional (BN), kata presidennya Tan Sri Bernard Dompok.
Beliau berkata, ini kerana ia menyentuh prinsip anggota BN terutama parti yang berasal dari Semenanjung.
"Walaupun, pada prinsipnya parti-parti dari Semenanjung tidak digalakkan bertanding di Sabah, namun banyak parti dari Semenanjung yang sudah bertapak di Sabah.
"Secara prinsipnya kita tidaklah boleh meminta mereka “berundur” begitu saja. Sebab itu, kita perlu berbincang di meja bulat bagaimana mengatasinya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif tanam semula dan tanam baru getah di Pusat Kebudayaan, di sini hari ini.
Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup semalam yang menyatakan sokongan terhadap seruan agar Gerakan menumpukan usaha memenangi kerusi BN di Semenanjung berbanding meletakkan calon di Sabah.
Sabah memerlukan parti tempatan yang baru untuk memimpin kita ke arah kemajuan.
BalasPadamHarap perbincangan dan pertimbangan yang sewajarnya akan diambil supaya perkara ini dapat ditangani dengan baik.
BalasPadamSepatutnya biar parti tempatan saja yang bertanding di Sabah. Parti dari Malaya janganlah tamak sangat.
BalasPadamWhy must parties from west come to Sabah? Don't underestimate the local parties bah.
BalasPadamsebaiknya perbincangan dibuat untuk membincangkan pekara ini..
BalasPadamsebaiknya biarlah parti tempatan yang memerintah Sabah.
BalasPadampendapat pelbagai pihak perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya..apa pun, harap kepimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik dalam hal ini.
BalasPadamGERAKAN patut tumpukan perhatian di Penang. BN Sabah dan cukup kuat.
BalasPadamyup.. sebelum membawa apa2 isu yang berkaitan dengan parti ke media, fikir dulu kesannya..
BalasPadammungkin lebih baik jika selepas ini umno juga mengurangkan kerusi mereka di negeri ini iaitu dengan tidak melebihi 50% dari kerusi yang dipertandingkan...
BalasPadamjika secara prinsipnya parti Semenanjung tidak digalakkan di Sabah, kenapa terus biarkan mereka mendominasi kerusi2 di Sabah?
BalasPadamharap perbincangan di pucuk pimpinan BN akan dijalankan dengan segera.
BalasPadamHarap masalah kerusi ini dapat ditangani sebaiknya. Biarkan keutamaan diberikan kepada parti tempatan terlebih dahulu.
BalasPadam