Ahad, Oktober 09, 2011

MUHYIDDIN TONTON TEATER ’THE SECRET LIFE OF NORA’

Muhyiddin Tonton Teater The Secret Life Of Nora Di Istana Budaya

imageKUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan pementasan teater muzikal berjudul "The Secret Life of Nora" arahan pengarah terkemuka West End, Steven Dexter di Istana Budaya di sini Sabtu malam.

Beliau ditemani isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Teater bertaraf antarabansga ini berkisar di zaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60-an.

Projek terbaru Enfiniti Vision Media ini, iaitu syarikat milik Datin Seri Tiara Jacquelina menceritakan kisah Nora, seorang yang mempunyai kehidupan yang dicemburui wanita lain kerana berharta selain memiliki rupa paras yang amat cantik.

Pementasan teater yang berlangsung selama dua jam ini turut dijayakan pelakon Broadway dan West End, Ryan Silverman, Aznil Nawawi dan Adibah Noor.

7 ulasan:

  1. Nampak macam menarik cerita ini, tapi masih belum kesempatan melihat pementasan ini.

    BalasPadam
  2. nampaknya pementasan ini menarik minat TPM.

    BalasPadam
  3. Teater muzikal Malaysia pun semakin diterima sekarang. Semoga usaha untuk memartabatkan seni pentas tempatan ke mata dunia akan diteruskan.

    BalasPadam
  4. Bilalah teater muzikal sebegini akan ada di Sabah? Kinda interesting.

    BalasPadam
  5. pementasan teater ini seperti mendapat banyak Sambutan..

    BalasPadam
  6. Mungkin kerana cerita ini sangat menarik menyebabkan TPM datang menonton sendiri teater ini.

    BalasPadam
  7. bilakah tarikh pengambilan ahli atau pelajar baru untuk kemasukan di pusat latihan petroleum kimanis?

    BalasPadam