Ahad, Disember 27, 2009

"APA YANG TIDAK KENA DENGAN MASYARAKAT KITA SEKARANG,"

Ahli Aktivis Persoal Moral Masyarakat Hari Ini

image KOTA KINABALU, 26 Dis (Bernama) -- Dengan tersiarnya kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan di ibu negara Selasa lalu, seorang ahli aktivis sosial mempersoalkan tentang sikap dan moral masyarakat negara ini ketika ini.

"Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita sekarang," soal naib presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

"Kita kini sering dikejutkan dengan kes jenayah dan kematian yang membabitkan kanak-kanak dan remaja," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Beliau mengulas tentang penemuan mayat kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang terapung di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur Selasa lalu.

Polis telah menahan seorang lelaki dan wanita berhubung kes ini.

Kes ini dipercayai merupakan kes terbaru bersabit pembunuah kejam ke atas kanak-kanak selain beberapa lagi rentetan kes termasuk kes kehilangan sejak beberapa tahun sebelum ini.

 

 

 

 

"Mangsa seperti Nurin Jazlin, Nurul Huda Abdul Ghani, Shalinie Mohd Nashar dan Haserawati Saridi masih segar dalam ingatan kita.

"Dengan pembunuhan negeri dan kejam kanak-kanak yang tidak berupaya, bolehkah kita berkata bahawa kita sedang tinggal dalam era bertamadun," katanya.

Lee juga bertanya apa yang dilakukan oleh anggota masyarakat untuk menangani isu seperti itu dan sama ada mereka mengenal pasti permasalahan yang menyelubungi mereka.

"Setiap kali berlaku jenayah kejam, maka masyarakat akan heboh tentangnya. Rentetan perbuatan jenayah kejam bukanlah ciri-ciri masyarakat kita dan kita perlu mencari jalan menanganinya," katanya.

Beliau turut meminta pasukan polis agar meningkatkan kehadiran mereka di kawasan yang sering berlaku jenayah di samping orang ramai perlu melaporkan aktiviti yang disyaki kepada polis.

---

Mangsa Mati Dijerut Sebelum Dihumban Ke Kolam - Polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan