Selasa, Oktober 20, 2009

SEDIH LIHAT WARGA EMAS TINGGAL BERSAMA KAMBING

PRIHATIN...Noor Azman (kanan) melawat Ahmad (kiri), <br>semalam.PRIHATIN...Noor Azman (kanan) melawat Ahmad (kiri), semalam.

BALING, 20 Oktober 2009: “Saya sedih dan tidak dapat bayangkan ada manusia yang terlalu daif sehingga terpaksa tinggal sebumbung dengan kambing,” kata Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli, mengenai nasib warga emas, Ahmad Jusuff, 69, yang menjadikan kandang kambing sebagai rumahnya di Kuala Samak, Kuala Ketil, Kedah.

Noor Azman berkata, kisah warga emas itu yang disiarkan akhbar ini Selasa lalu perlu diambil perhatian dan iktibar supaya tidak ada lagi manusia yang menempuhi kesengsaraan sama.

“Pihak bertanggungjawab tidak harus terus membiarkan keadaan hidupnya terumbang-ambing sedangkan pelbagai cara untuk membantu warga emas itu supaya tidak tersisih dan tinggal di tempat tinggal yang lebih selesa,” katanya ketika melawat Ahmad di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Ahmad yang tinggal bersama kambing di kampung itu menghadapi kesulitan apabila kad pengenalan dirinya hilang ketika berpindah beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, dia tercicir untuk mendapatkan bantuan dan selepas kisahnya disiarkan, pelbagai jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu menyelesaikan masalah dihadapinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan