Khamis, April 02, 2009

SPNB YAKIN DAPAT SIAPKAN 5,200 UNIT RMR TAHUN INI

logo spnbSUNGAI PETANI, 2 Apr (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yakin mampu menyiapkan pembinaan 5,200 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) bernilai RM400 juta yang diperuntukkan kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama dan kedua, tahun ini.MOHD AMIN BIN MOHD SALLEH

Pengarah Urusan SPNB Datuk Mohd Amin Salleh berkata wang untuk melaksanakan projek itu telah diterima dan projek yang dirancang dijangka siap mengikut jadual.

Katanya SPNB bagaimanapun menghadapi masalah kerana hampir 50 peratus daripada 11,381 pemohon terpaksa ditolak permohonan kerana masalah hak milik tanah, berkongsi satu geran dan tidak mendapat keizinan pemilik lain untuk menyandar geran kepada SPNB serta lot lidi.

"Selain itu, permohonan mereka ditolak kerana muflis dan tiada pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran RMR kepada 28 penduduk Bukit Selambau oleh ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di sini, hari ini.

Mohd Amin berkata sehingga 31 lepas, SPNB menerima 30,957 permohonan dan meluluskan 15,781 permohonan manakala 3,795 masih dalam peringkat temuduga dan melawat tapak.
Daripada jumlah itu 8,528 rumah yang siap telah diserahkan dan 7,253 sedang dibina, katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan negeri menyediakan lot-lot tanah untuk golongan miskin dan menyerahkan projek pembinaan rumah kepada SPNB bagi mempercepatkan proses pemilikan rumah kepada golongan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan