Isnin, Disember 17, 2012

UNTUK FAHAM EKONOMI, TANYA SURI RUMAH

Untuk faham ekonomi, tanya suri rumah

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Siapa yang lebih baik daripada separuh pasangan wanita untuk mengetahui turun naiknya ekonomi?

Mungkin majoriti suami adalah mereka yang menanggung beban kewangan namun isteri dan ibu yang merasakannya sebelum pasangan mereka. Mereka menguruskan yuran sekolah, barangan keperluan harian, gaji pembantu rumah, dan serta-merta mengetahui bila caj elektrik naik.

The Malaysian Insider menjalankan kaji selidik rawak dalam kalangan kenalan dan rakan-rakan, berumur antara 30-40, dan berpendidikan, dan sama ada bekerja dari rumah.

Belanjawan adalah pertarungan berterusan walaupun sesetengahnya datang daripada keluarga kelas pertengahan tinggi. Sesetengahnya merupakan golongan profesional, bekerja sendiri, mahupun suri rumah sepenuh masa.

Perkara pertama yang menjelma di minda adalah kualiti dan kos pendidikan di negara ini. Mereka semua mengakui pendidikan yang beremampuan adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan, namun aktiviti selepas sekolah dan tuisyen boleh menyusutkan poket. Mesti akan ada yang perlu dibayar, dan atas harga apa apabila mereka merasakan sistem pendidikan telah jatuh dengan drastik daripada persekolahan mereka?

Persoalan hartanah

Kebanyakan mereka mengakui hartanah dan peningkatan kos pendidikan, termasuk kesihatan, adalah di luar kawalan dan “tidak masuk akal”. Harga pasaran hartanah melambung, namun masih lagi ada lebihan kediaman dan ruang pejabat di seluruh Lembah Klang dan Selangor.

Walaupun hartanah yang belum dimiliki masih banyak, tetapi mereka (harga) hanya mensasarkan golongan berpendapatan tinggi. Sazlin Daud, seorang yang pernah menjadi pengamal undang-undang, yang kini seorang suri rumah, ibu kepada dua anak mengulas,” kita bukan bercakap soal satu dua pemaju dalam dua kawasan, mereka ada di mana-mana, di sekitar Lembah Klang! tidak masuk akal bila hartanah baru sekarang di kawasan pinggir bandar, superlinks, rumah berkembar dan banglo dengan harga yang bermula pada kadar melebihi RM1.5 juta? Apa yang berlaku kepada rumah teres lama? Dan apa yang lebih tidak masuk akal adalah hartanah yang sedia ada, walaupun rumah teres di Subang Jaya boleh dijual dengan harga RM700-800,000, di Bandar Utama untuk RM800,000 hingga RM1 juta dan di Mutiara Damansara untuk RM1.2 juta?”

Mereka juga mengakui walaupun rumah lama dijual pada harga RM700-800,000; rumah yang sama di Bandar Utama hampir RM1 juta. Keadaan seperti itu tidak sesuai untuk pasangan muda dengan keluarga yang semakin membesar. Persoalannya, bila masa mereka boleh pindah dan anak-anak boleh membesar?

Untuk itu, sebahagian daripada mereka mendapati menyewa adalah caranya. Ia lebih praktikal dan berkemampuan. Namun ia turut memberikan tekanan. Menyewa masih lagi dipandang rendah oleh masyarakat Asia.

Semakan belanjawan

Salah satu punca peningkatan perbelanjaan petrol adalah disebabkan isteri yang memandu untuk hampir ke mana sahaja, untuk membeli barangan keperluan yang murah. Tidak lagi  masuk akal untuk membeli-belah di tempat tertentu “dilihat” kerana turun naik harga adalah terlalu jelas. Seorang isteri dengan suami yang berpendapatan lima angka melihat bil perbelanjaan barangan keperluan mereka seperti seekor helang. Apakah tanggapannya terhadap perbelanjaan barangan keperluan di Lembah Klang?

“Saya rasa ia seperti schizophrenic. Susu fomula anak lelaki saya dan produk bayi lebih murah di Ben, Publika, dan barang yang sama lebih mahal di Tesco. Saya tidak pasti jika pekerja mereka tersilap menampal tanda harga! Mereka rasa kita ada duit tapi saya tidak akan berbelanja untuk benda yang tidak perlu. Saya beritahu kamu - kadangkala pasar di Keramat lebih mahal berbanding di TTDI, dan saya terjumpa buah naga yang murah di Mont Kiara di pasar malam Khamis. Selayang okay ... tapi kami tidak makan ikan atau ayam sebanyak itu dalam seminggu! Saya tidak tahu siapa letak harga, ekonomi kita gila-lah.

Bagi KP (nama samaran), temu bual itu sebenarnya mendorong beliau untuk menulis semua perbelanjaan ditanggung keluarganya dan dia terkejut. Seorang suri rumah yang berjimat cermat, ia membuka matanya untk melihat apa yang dibelanjakan mereka. Notanya menunjukkan dia dan suaminya membelanjakan lebih RM1,000 untuk tiga anak mereka, dan perbelanjaan itu untuk pendidikan dan aktiviti mereka.

Beliau sedang mencari tutor Bahasa Melayu namun khuatir dengan yurannya. Perbelanjaan peribadi mereka disalurkn untuk perubatan, sukan, lain-lain lagi sekitar RM1,000. Disebabkan mereka mempunyai saudara berusia 90 tahun menetap bersama mereka, mereka perlu menggaji pengasuh terlatih dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Ianya adalah pertarungan berterusan antara kedua-dua pasangan tersebut, cuba untuk menangani kos keluarga yang semakin meningkat, perbelanjaan perubatan dan juga beberapa rawatan. Kedua-dua mereka jarang menikmati kemewahan untuk diri sendiri, dan anak-anak mereka tidak diajar untuk berboros.

Namun, beliau tertanya-tanya sama ada akan ada penghujungnya untuk itu. Ubat-ubatan untuk suaminya meningkat; sebenarnya semua benda semakin mahal. Berapa lama mereka boleh berjimat-cermat dan menafikan diri daripada kemewahan?

Satu perbezaan antara dirinya dan suami adalah mereka berbelanja barangan dapur. Beliau lebih gemar ke Tesco Puchong kerana di sana ada pelbagai barangan dan lebih murah. Bagaimanapun, suaminya lebih gemar berbelanja di Village Grocer, Bangsar Village kerana ianya lebi mudah.

Mari berdagang

Jadi bagaimana si ibu mengatasi masalah itu? Angelia Ong menggunakan kaedah “barter”. “Sebagai contoh, pertukaran hasil pertanian, apa sahaja produk saya buat, lebihannya akan saya jual. Ia berhasil dari segi kemahiran dan pengajaran juga. Ajar anak saya Bahasa dua kali seminggu, saya tukarkan dengan roti, menjaga bayi, atau apa sahaja. saya dapati idea komuniti (tidak perlu tinggal berhampiran) akan datang kembali.

Dan betul — kumpulan bertukar barangan ini telah wujud di Facebook dan bukan hanya untuk kehidupan yang lebih berpatutan, tetapi telah menjadi satu aktiviti sosial.

The Barter Exchange Group Malaysia adalah: (https://www.facebook.com/groups/429040360471538/?fref=ts)

Apa yang lucu adalah kumpulan bertukar barangan ini mengingatkan kepada ladang dengan jiran yang singgah untuk berbual. Ia mungkin pelik bagi kumpulan pengguna, namun ia diterima ahli kumpulan ini yang terdiri daripada ahli professional, ibu bapa ynag tinggal di rumah, pendidik, dan juga beberapa golongan lagi.

Wanita berkeinginan untuk barangan berjenama pada harga berpatutan juga turut berpaling kepada kumpulan Facebook yang mempunyai ahli di AS dan Eropah, dengan membeli barangan tersebut ketika jualan murah dan kemudiannya dihantar ke Malaysia. Bezanya sangat signifikan — bukan setakat tidak perlu membayar orang tengah dan penyimpanan. Kumpulan ini adalah celik fesyen — pelanggan akan mendapat barangan asli dan juga mengikut trend semasa.

Apa pendapat mereka tentang iklim semasa?

Mereka sangsi.

“Kos sara hidup meningkat dengan mendadak tetapi pendapatan masih lagi tidak berubah. Ia sangat teruk,” kata seorang suri rumah.

Oleh Dina Zaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan