Khamis, November 01, 2012

1,028 TERMASUK PENGURUS HILANG KERJA

1,028 termasuk pengurus hilang kerja

SEBAHAGIAN pekerja kilang Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd. mengadakan perhimpunan aman di hadapan kilang itu di Kuching semalam.

KUCHING 1/11/2012- Seramai 1,028 pekerja kilang pembuatan komponen elektronik, Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd., di sini hilang punca pendapatan selepas diberi notis pemberhentian kerja 24 jam secara berperingkat-peringkat bermula petang kelmarin.

Kesemua pekerja yang majoritinya terdiri daripada pekerja bumiputera merangkumi jawatan pengurus, jurutera, penyelia, juruteknik dan operator ditamatkan perkhidmatan selewat-lewatnya semalam.

Wakil pekerja, James Jalai Gayau ketika ditemui Kosmo! berkata, mereka mula menerima notis pemberhentian pada pukul 6 petang kelmarin dan sehingga pagi semalam kira-kira 800 pekerja telah diberhentikan melalui notis 24 jam.

"Kami sedia maklum baki pekerja menerima nasib yang sama pada hari ini (semalam), syarikat memberikan alasan memberhentikan kami untuk tujuan penstrukturan semula.

"Masalahnya ramai antara kami bergantung hidup dengan pekerjaan ini untuk menyara keluarga," ujarnya yang juga merupakan penyelia di kilang itu.

Oleh FIRDAUS HASSAN

-------------------

Retrenched employees of Sanmina-SCI cry for help

8,500 pekerja lombong Afrika Selatan dipecat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan