Ahad, Ogos 26, 2012

RAKYAT SABAH SUDAH PASTI NIKMATI MANFAAT EKONOMI JIKA ROYALTI MINYAK DIKAJI SEMULA

Rakyat Sabah sudah pasti nikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak dikaji semula

KOTA KINABALU 24th August, 2012: Presiden Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK), John Lim Yu Sin, berkata rakyat Sabah sudah pasti akan menikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak disemak semula.

“Kenaikan royalti minyak bolehlah diibaratkan meningkatnya gaji bulanan kita, bayangkan begitu banyak perkara yang boleh kita lakukan terutamanya dalam mempercepatkan pembangunan dan transformasi di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempunyai bajet yang besar untuk melaksanakan projek bagi memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menyambut baik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

“Ini adalah satu langkah positif, terima kasih atas hubungan erat dan mantap antara Ketua Menteri dan kepimpinan persekutuan, yang menguntungkan kerajaan negeri sejak bertahun lalu,” katanya.

John berkata, terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk membincangkan mengenai perkara ini dan berapa banyak kenaikan yang sepatutnya, yang jelas lebih banyak lebih baik.

“Kini sudah tiba masa kita duduk bersama untuk berbincang dan saya percaya kerajaan persekutuan akan memberi sesuatu yang berbaloi memandangkan negeri Sabah memerlukan peruntukan yang banyak untuk pembangunan.

“Saya berharap gesaan untuk mengkaji semula royalti minyak tidak dilihat sebagai satu tuntutan oleh kerajaan persekutuan tetapi sebagai penghargaan ke atas kesetiaan teguh kita menyokong kerajaan yang dipimpin BN,” katanya.

Menurutnya, tiada salahnya untuk membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Perdana Menteri sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar sebarang cadangan, lagipun ia adalah suara dan harapan rakyat Sabah.

---------------

Sabahans will enjoy economic benefits when oil royalty reviewed, says USCCAKK president

Tiada ulasan:

Catat Ulasan