Isnin, Mei 07, 2012

PERANCIS MELANTIK PRESIDEN BARU

Hollande Dilantik Presiden Perancis Yang Baru

Francois Hollande

PARISMei 7, 2012: Calon Sosialis, Francois Hollande menewaskan penyandang parti konservatif, Nicolas Sarkozy untuk dipilih sebagai Presiden Perancis yang baru.

Beliau berdepan tugas berat untuk mengubah cara Eropah menangani krisis hutang dan merangka kedudukan ketenteraan negara itu serta meningkatkan pengaruh diplomatik di seluruh dunia.

Sarkozy yang mengalami kekalahan selepas undian ditutup, berkata beliau menelefon Hollande untuk mengucapkan "selamat berjaya" sebagai pemimpin baru negara itu.

Orang ramai membanjiri Place de la Bastille, tempat bersejarah ketika Revolusi Perancis bagi meraikan kejayaan Hollande.

Beliau menjadi pemimpin berhaluan kiri pertama sejak Francois Mitterrand menjadi presiden bermula 1981 hingga 1995.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan