Isnin, Mei 21, 2012

BANYAK NAMA PELIK DI SABAH

Banyak Nama Pelik Di Sabah

KOTA KINABALU: Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.

Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Namun, terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.

"Agak sukar untuk membawa nama ini. Di sekolah, saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu," katanya.

Beliau berkata, nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.

Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau.

"Sebelum kehadiran saya, ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia.

"Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat," katanya.

Tigabelas berkata, doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya.

"Selepas mengetahui saya anak yang ke-13, dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.

""Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal," katanya.

Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh, ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.

Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.

Mogumbirak, seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta.

Pekerja buruh, Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut.

"Tidak apalah, tidak payah tanya. Saya ada kerja sekarang," katanya ketika dihubungi Ahad.

Oleh DURIE RAINER FONG

32 ulasan:

  1. Memang unik nama Tigabelas ini dan juga makna di sebaliknya. Ponyrace juga menarik. Saya pernah nampak juga nama- Timun Babi yang didaftar bawah SPR.

    http://sembangatok.com/2012/04/17/lawak-mak-cik-nama-timun-babi-wujud/

    BalasPadam
  2. Apakah maksud nama penulis- Durie Rainer pula?

    BalasPadam
  3. walau pelik mcm mana pun nama kita, ia adalah identiti kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, jangan pula ketawakan budaya kita. Hanya rakyat Sabah dan Sarawak sahaja yang faham mengapa kita selalu memberikan nama unik kepada anak-anak.

      Padam
  4. Tidak kisahlah nama pelik ka bukan, yang pentingnya warganegara tulen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, SPR sudah membuktikan bahawa nama-nama ini adalah pengundi Sah yang betul-betul wujud di Sabah.

      Padam
    2. SPR harus mengenalpasti nama pengundi.

      Padam
  5. Orang tua2 ni mungkin kekurangan sangat nama dulu, tu la nama anak jadi pelik2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah lagi kebanyakan mereka ini buta huruf, jadi apa saja ayat yang mereka tahu terpaksalah gunakan itu.

      Padam
  6. Nama Durie Rainer pun ada pelik sikit but in a good way.

    BalasPadam
  7. mempunyai nama2 seperti itu dah perkara biasa di Sabah dan Sarawak, selalunya golongan tua yang mempunyai nama sedemikian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke? Nampak pelik sahaja. Walau apapun, buatlah siasatan, jangan pula diberi peluang untuk mereka ini mengambil kesempatan.

      Padam
  8. Keunikan nama yang ada mungkin ada sebab yang berlaku.

    BalasPadam
  9. Nama pengundi yang diragui harus disingkir dari senarai.

    BalasPadam
  10. Harus disiasat latar belakang khas nama yang diragui.

    BalasPadam
  11. jika diragui, lucut dari senarai sahaja.

    BalasPadam
  12. Pelik itu apa maksud sebenarnya? Namanya tidak berkelayakan? Namanya bukan nama orang biasa dan cuma rekaan?

    BalasPadam
  13. Buatlah siasatan yang wajar.

    BalasPadam
  14. Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

    Nama sebegini nampak seperti rekaan dan bukannya nama benar. Harus juga pihak JPN member penjelasan.

    BalasPadam
  15. Sabah is a practical and visible example of unity in diversity. Sabahans of all diverse ethnic groups are able to live, learn, work and play together in the spirit of 1Malaysia. “In fact the spirit of 1Malaysia has long existed in this ‘Land Below the Wind’.

    BalasPadam
  16. All Malaysians not to take unity and harmony for granted but to make continuous efforts to promote, nurture and reinforce these vital prerequisites for the success and survival of Malaysia.

    BalasPadam
  17. Unity in diversity is one of the hallmarks in multiracial, multi-religious and multicultural Malaysia.

    BalasPadam
  18. The Rukunegara which was formulated in 1970 is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity. Its principles should always be upheld and practised for Malaysians must never take for granted the stability, peace and harmony that had been attained so far.

    BalasPadam
  19. The Rukunegara, through its five tenets – Belief in God, Loyalty to the King and Country, Upholding the Constitution, Rule of Law, and Good Social Behaviour and Morality – have formed the principles of nationhood and these should be embedded in the young generation who are the future leaders.

    BalasPadam
  20. At present, any people were taking unity and harmony for granted. This is not a healthy development for in a multi-racial, multi-religious and multi-cultural country like Malaysia, continuous efforts must be made by all Malaysians to nurture and reinforce unity and harmony”.

    BalasPadam
  21. Malaysians must be prepared to reduce their strong sense of ethnicity in order to achieve “Bangsa Malaysia” and they should start accepting each other as Malaysians regardless of race and religion.

    BalasPadam
  22. Malaysians of different ethnic origins must always be conscious of the need to have mutual respect for one another. They must always remain vigilant and be conscious of the sensitivities of our respective religions and cultures for the sake of inter-racial harmony.

    BalasPadam
  23. The process of establishing a united Malaysian nation in response to the first challenge of Vision 2020, was a continuous one and what has been achieved so far must be nurtured and reinforced.

    BalasPadam
  24. All plans for the nation’s economic growth and all corrective measures to address the country’s social imbalances, he pointed out, would only be meaningful if they were geared towards national unity.

    BalasPadam
  25. Programmes of action for Malaysians of all races should continue to aim at nurturing and strengthening the spirit of love, loyalty and unity for the country. The spirit of patriotism and unity must always be cultivated and nurtured particularly among the young generation.

    BalasPadam
  26. Continuous efforts must be made by all to strengthen racial harmony and religious tolerance at every level of our society. In the days ahead, the creation and sustenance of national unity must be given the highest priority for unity is vital to ensure the continued growth of Malaysia as a secure, peaceful, progressive and united nation.

    BalasPadam
  27. Unity must first start with the individual. If there is unity in a person’s thoughts, emotions and actions, it will be reflected in how they treat others.

    BalasPadam