Khamis, April 19, 2012

TERENGGANU AKAN BANGUNKAN 4,400 HEKTAR SAWIT UNTUK BIAYAI PENDIDIKAN

Terengganu Akan Bangunkan 4,400 Hektar Sawit Untuk Biayai Pendidikan

KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu akan membangunkan 4,400 hektar tanah dengan tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang untuk pelaburan jangka panjang bagi membiayai kos pendidikan anak jati negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek di bawah Program Ladang Kelapa Sawit Yayasan Terengganu (PLKSYT) itu akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dengan projek pertama akan dimulakan Oktober ini.

"Kawasan ini tanah kerajaan dan ia merupakan tempat tapak tanaman akasia tetapi ianya tidak menguntungkan lalu kerajaan mengambil inisiatif menukarnya dengan tanaman kelapa sawit.

"Usaha ini merupakan sebahagian daripada persediaan kerajaan untuk tempoh jangka panjang serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman Rabu.

Katanya projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan menurutnya apabila mencapai tempoh matang tiga tahun, tanaman itu boleh meraih keuntungan sehingga RM70 juta setahun mengikut pasaran sekarang bagi kawasan seluas 200 hektar.

19 ulasan:

  1. Bagus inisiatif kerajaan Terengganu untuk membangkitkan industri minyak sawit untuk membiayi pendidikan rakyat. Tetapi pastikan jangan hanya mengaut keuntungan sehingga hutan simpanan dibotakkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu tindakan bijak dari kerajaan terengganu. Semoga keseimbangan ekosistem juga dipelihara.

      Padam
    2. Selain tu pasti dapat memberi peluang pekerjaan kepada pekerja2 tempatan

      Padam
  2. Diharapkan usaha kerajaan Terengganu akan mencapai keuntungan yang dijangka supaya anak jati tempatan akan mendapat manfaat. Melihat kejayaan Sabah dalam industri minyak sawit, kita boleh jamin ini adalah sektor yang menguntungkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga apa yang dilakukan ini akan mencapai matlamatnya.

      Padam
  3. Satu persediaan yang bagus. Negeri lain perlu mencontohi usaha kerajaan negeri Terengganu ni terutama Kelantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini langkah yang dijangkakan dapat membantu golongan pelajar.

      Padam
  4. kalau harap hasil minyak dan gas saja, lama kelamaan boleh habis juga. Tindakan pembangkang menjanjikan pendidikan percuma dan mendapatkan dana dari hasil minyak dan gas untuk bayar semuanya nanti memang tidak realistik. Rasanya janji tu memakan diri mereka sendiri.

    BalasPadam
  5. Masing-masing membuat perjanjian manis, pendidikan percuma merupakan beban yang amat besar untuk kerajaan. Harus juga dipertimbangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan mudah terpengaruh dengan segala janji2

      Padam
  6. Sumber alam akan habis juga, harus dikawal aktivitinya agar boleh menjana pendapatan yang berterusan.

    BalasPadam
  7. projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan menurutnya apabila mencapai tempoh matang tiga tahun, tanaman itu boleh meraih keuntungan sehingga RM70 juta setahun mengikut pasaran sekarang bagi kawasan seluas 200 hektar.

    Semoga projek ini mencapai kejayaan dan matlamatnya.

    BalasPadam
  8. untuk pelaburan jangka panjang bagi membiayai kos pendidikan anak jati negeri ini.

    Jika ini menjadi kenyataan, golongan yang kurang berkemampuan akan mendapat bantuan yang wajar dari kerajaan negeri. Berkemungkinan ini akan menjadi satu teladan kepada kerajaan negeri lain.

    BalasPadam
  9. satu usaha yang baik di kerajaan Terengganu, moga ia berjalan lancar.

    BalasPadam
  10. ini usaha yang baik dilakukan oleh kerajaan Terengganu untuk membiayai pendidikan pelajar.

    BalasPadam
  11. langkah yang diambil kerajaan Terengganu ini harus dicontohi oleh negeri-negeri lain.

    BalasPadam
  12. Perancangan sebegini memberikan kebaikkan kepada negeri itu sendiri. Apa yang dirancang perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

    BalasPadam
  13. eloklah ada perancangan awal.. semoga ladang sawit seluas 4400 hektar itu mampu membiayai kos pendidikan anak jati negeri itu..

    BalasPadam