Jumaat, Mac 09, 2012

40,000 ORANG SABAH TIDAK MILIKI SIJIL KELAHIRAN

Kira-Kira 40,000 Orang Penduduk Sabah Tidak Miliki Sijil Kelahiran

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kira-kira 40,000 penduduk di Sabah menghadapi masalah dokumentasi kerana tidak memiliki sijil kelahiran dengan di daerah Semporna sahaja dianggarkan 4,000 kanak-kanak berhadapan masalah itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata antara punca masalah itu berlaku adalah kerana lewat mendaftar sijil lahir atau kad pengenalan manakala dasar pendidikan negara tidak membenarkan kanak-kanak tanpa kad pengenalan untuk belajar di sekolah tempatan.

Katanya, masalah lewat mendaftar sijil lahir berlaku disebabkan kurangnya tahap kesedaran masyarakat tempatan akan kepentingan mendaftar kelahiran pada masa yang ditetapkan.

"Mereka ini lebih suka menunggu lawatan pendaftaran bergerak dari Unit Khas Bergerak (UKB) ke tempat mereka bagi mengelakkan membayar kos tambang yang mahal untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran, tiada sijil pernikahan kerana berkahwin secara adat dan berkahwin dengan warga asing.

"Selain itu, masalah berkahwin lebih daripada satu, tidak berdaftar dengan alasan tiada kad rawatan klinik kerana bersalin menggunakan khidmat bidan kampung, datang memohon tanpa ibu bapa kandung serta mengaku sebagai anak kandung kepada ibu bapa angkat," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

--------------

'STATELESS CHILDREN' 21 TAHUN?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan