Wanita Dirompak Ketika Sedang Makan Tengah Hari Di Restoran
TAWAU, 2 Feb (Bernama) -- Seorang wanita berumur lingkungan lewat 20-an langsung tidak menyangka keasyikannya menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran dekat sini Khamis bertukar igauan ngeri apabila dia dirompak seorang lelaki menggunakan pisau.
Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika wanita berkenaan sedang makan bersama rakannya di sebuah meja berhampiran pintu masuk restoran itu apabila seorang lelaki muncul dan menepuk bahunya.
"Ketika mangsa baru hendak menoleh, lelaki berkenaan sudah mengacukan sebilah pisau pemotong sayur di kiri leher mangsa sebelum melarikan beg tangan wanita berkenaan," kata lelaki itu kepada pemberita.
Menurut saksi, suspek melarikan diri ke arah perumahan setinggan berhampiran dan meninggalkan pisau yang digunakannya itu di restoran berkenaan.
Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terkejut, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin ketika dihubungi berkata polis sudah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.
Everyday we read about crime happening in the state, how can we prevent the crime rates from crawling up?
BalasPadamHopefully this scum will be brought to justice
Padamrompakan boleh berlaku di mana2 dan tak kira masa.
BalasPadambahayanya tengah makan dengan kawan pun berani perompak tu merompak.harap2 kena tangkap.
BalasPadamPencurinya siapa? Pilak lagi? PATAI?
BalasPadamjenayah berlaku di mana2. kadang2 kita tidak menjangkakan sesuatu buruk boleh berlaku di tempat yang kita rasa selesa dan selamat. dlam kes ni, mujurlah beg saja yang diambil, kalau nyawa yang diambil??
BalasPadamBahaya juga kalau macam ini. Tengahari pun dia boleh melakukan rompakkan.
BalasPadambayangkan beraninya penjenayah ini melakukan jenayah di tempat awam.. hari ini, mana2 tempat pun tidak selamat..
BalasPadamsaya rasa kerajaan perlu menambah bilangan anggota polis di negara ini supaya aktiviti rondaan boleh dilakukan dengan lebih kerap lagi terutamanya di tempat2 awam atau tempat2 yang berpotensi berlakunya jenayah..
BalasPadam